GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jan 19, 2017

GURU BERTUGAS MINGGUAN


MAJLIS TAKLIMAT IBU BAPA DAN AKUJANJI MURID UPSR 2017

19 JANUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1












Majlis taklimat ibu bapa dan aku janji murid tahun 6 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Majlis di adakan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.45 tgh, dimulai dengan ucapan YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Mohd Yunus @ Ab Halim b. Tahir. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengajak semua ibu bapa yang hadir pada hari ini agar sama-sama mengambil berat dan cakna terhadap perkembangan anak-anak samada dalam bidang akademik atau dari sosial. Cabaran mendidik anak-anak zaman kini jauh berubah jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Beliau juga turut menegaskan agar semua ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan pendidikan agama serta sentiasa mengamalkan bacaan Yassin secara berjemaah dirumah. 

Seterusnya, Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya, beliau mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa pada hari ini dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama serta komitmen yang diberikan untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan anak-anak SKKK1. Tn. Guru Besar membentangkan beberapa program peningkatan UPSR yang telah disusun oleh pihak sekolah dan akan dijalankan sepanjang tahun 2017 sehingga menjelang tarikh UPSR September, 2017 nanti. Antaranya :- 

Bacaan Al-Quran seawal 7.15 pagi setiap hari

  • Bacaan Yassin dan Solat Hajat 
  • Majlis dialog ibu bapa dan aku janji 
  • Kelas serambik 1.30 - 3.00 ptng 
  • Bimbingan rakan sebaya Kem/klinik subjek
  • Peperiksaan UBB1, UBB2, Percubaan 1, Percubaan 2 
  • Program menghintung hari UPSR
  • Program cakna murid 
  • Hadiah galakan 
  • Majlis percambahan minda 
  • Kelas anjal/intensif 
  • Latih tub soalan 
  • Santapan minda 
  • Kem releks minda 
  • Solat hajat murid 41 hari 
  • Solat hajat perdana bersama ibu bapa 
  • Majlis restu ilmu 
  • Kem motivasi pelajar 
  • Pecutan akhir UPSR 
  • Doa dan tawakal


Jan 18, 2017

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017

18 JANUARI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1








 Program merentas desa peringkat sekolah 2017 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Semua murid SKKK1 tahun 1 hingga 6, serta murid Pendidikan Khas terlibat secara langsung dalam program ini. Program telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YDP PIBG Tn Hj Mohd Yunus @ Halim bin Tahir bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 12.45 tgh.

Jan 17, 2017

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI

16 JANUARI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
 


 

 

 


 

Majlis penutup minggu transisi bagi murid tahun 1 2017 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Majlis telah disempurnakan dengan jayanya oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj Abd Razak bin Adahan. Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati untuk beberapa aktiviti yang diadakan sepanjang minggu transisi ini turut sama diadakan.

Secara amnya Minggu Transisi bertujuan untuk membantu murid tahun 1 yang baru memulakan sesi persekolahan menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latarbelakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira.

Program ini dijalankan bermula 1 Januari, 2017 hingga 15 Januari, 2017 dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan. Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang dirancang untuk mereka. 

Antara objektif dan tujuan minggu transisi di adakan ialah :- 
  • Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran , guru - guru dan rakan - rakan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif , emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1 
  • Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru.
  • Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1 Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1 Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan Program KSSR di tahun 1 
  • Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tematik , bersepadu dan belajar melalui kaedah didik hibur Memudahkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal.
  • Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak - kanak 
  • Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta tingkahlaku pelajar

Jan 1, 2017

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

1 JANUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1










Selamat datang bagi ibubapa/murid tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah sesi persekolahan 2017 buat semua warga SK Kubang Kerian 1. Suasana persekolahan pada hari pertama begitu ceria sekali dengan kehadiran semua murid lengkap berpakaian serba baru. Walaupun cuaca pada pagi ini hujan renyai-renyai dan kadang kala lebat, sedikitpun tidak mematahkan semangat murid untuk datang awal dan belajar di sesi 2017. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang hadir pada hari ini.  Semua pentadbir dan guru-guru SKKK1 mengucapkan selamat belajar dan semoga kalian semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek Kurikulum dan Kokurikulum sepanjang tahun 2017. Insyallah..

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.