GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Dec 31, 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2017



Selamat datang ke SK Kubang Kerian 1 buat murid-murid dan ibu bapa tahun 1 2017. Selamat menempuh alam persekolahan buat semua murid tahun 1. Selamat kembali ke sekoloh sesi 2017 buat semua murid tahun 2 hingga 6 SKKK1. Semoga tahun ini akan memberi kejayaan dari segenap sudut pembelajaran untuk semua murid SKKK1. Insyallah.

Dec 27, 2016

KURSUS LDP PEMBELAJARAN ABAD KE 21

27 DISEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1




Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Abad Ke 21 telah diadakan pada hari ini untuk semua guru SKKK1 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Wan Nor Azman bin Wan Hassan, Pegawai PPD Bahagian Pengurusan Kurikulum (SN & MT) PPD Pasir Mas Kelantan. 

Secara amnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Oleh itu kursus LDP pada hari ini mendedahkan guru-guru tentang Pembelajaran Abad Ke 21 meliputi amalan dan pelaksanaan di sekolah, ciri-ciri pembelajaran abad ke 21, kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, susun atur bilik darjah abad ke 21 dan beberapa aspek lain yang melibatkan pembelajaran abad ke 21.

MESYUARAT GURU KALI 1 SESI 2017

26 DISEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1




Mesyuarat guru kali pertama bagi sesi persekolahan 2017 telah diadakan pada hari ini 26 Disember, 2017, jam 10.00 pagi bertempat di bilik gerakan SKKK1. Beberapa mandat dan pesanan telah disampaikan oleh Tn Guru Besar kepada semua guru untuk kecemerlangan anak didik SKKK1. Seterusnya pihak pentadbir juga berharap semua guru dapat memberi kerjasama serta komitmen terhadap tanggungjawab yang diamanahkan serta melipat gandakan usaha untuk memperolehi kecemerlangan dalam semua aspek samada akademik atau bukan akademik bagi sesi persekolahan 2017.

Dec 24, 2016

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2017

24 DISEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis pendaftaran murid tahun 1 untuk sesi persekolahan 2017 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK 1. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKKK1, Tn Hj. Mohd Yunus @ Halim b Tahir. Majlis perdaftaran dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan / taklimat ringkas oleh Guru Besar, pengesahan kehadiran dan ujian diagnostik. Ujian diagnostik diadakan untuk menentukan kedudukan murid di dalam kelas mengikut markah ujianyang diadakan pada hari ini.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Guru Besar mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada hari ini untuk pendaftaran murid tahun 1 2017. Dalam ucapannya beliau turut memaklumkan beberapa peraturan dan perkara asas berkaitan minggu transisi yang akan diadakan untuk semua murid tahun 1 sebaik sahaja persekolahan bermula 1 Januari 2017 nanti selama 1 minggu. Seterusnya beliau turut memperkenalkan barisan guru kelas tahun 1 pada sesi 2017 dan penyelaras Tahun 1 pada tahun 2017 ialah Pn Laila Kartini . Jumlah keseluruhan murid yang berdaftar pada tahun ini ialah 217 melibatkan 6 kelas.
YDP PIBG Tn. Mohd Yunus@Halim b. Tahir.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.