GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Sep 26, 2016

PROGRAM SELEPAS UPSR - KEM LITERASI AL-QURAN

26 SEPTEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

    
 
 
Kem literasi al-quran yang diadakan pada minggu lepas merupakan salah satu aktiviti selepas UPSR. Aktiviti diadakan khas untuk untuk murid tahun 6 yang masih membaca iqra'. Objektif utama aktiviti adalah :-

Objektif: 
  • Murid program jqaf melepasi iqra' 4.
  • Mengurangkan bilangan murid yang tercicir al-quran.
  • Meningkatkan keupayaan murid yang lemah bacaan iqra'
Kem Literasi Al-Quran merupakan satu program yang dirancang untuk memastikan setiap murid lemah dapat melepasi iqra' 1 hingga 4. Ia membolehkan murid yang terlibat secara langsung dalam program j-QAF dapat menguasai bacaan bagi membolehkan mereka membaca Al-Quran dengan baik. Seterusnya dapat memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan iaitu murid-murid dapat khatam Al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.Kaedah yang digunakan melalui aktiviti ini ialah murid dibahagikan kepada kumpulan kecil, bacaan secara talaqi musyafahah, murid turus dilantik sebagai rakan bimbingan sebaya. Semoga usaha yang baik ini akan memberi manafaat kepada semua murid.
 

Sep 22, 2016

PERASMIAN PADANG DAN JAMUAN LAKSA SKKK1

22 SEPTEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1











 Majlis Perasmian Padang dan Jamuan Laksa SKKK1 telah diadakan pada hari ini dengan jayanya bermula jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Majlis dimulakan dengan perasmian padang SKKK1 di awal pagi dengan perlawanan bola sepak antara beberapa pasukan seperti pasukan Elit SKKK1, Tunas Sekolah, JKR dan PIBG SKKK1 seterusnya diikuti dengan jamuan makan laksa. Majlis perasmian padang SKKK1 telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohamed Rohim bin Mohamed YDP Majlis Guru Besar Kelantan.

Jamuan laksa dan kutipan derma pembinaan Musolla Al-Fateh merupakan program amal yang bertujuan mendapatkan dana bagi menyiapkan Musolla AlFateh SKKK1 yang dianggarkan memerlukan dana sebanyak RM50 000 lagi. 

Objektif Utama Majlis :-
  • Mengumpul dana sebanyak RM30 000
  • Mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dan masyarakat
  • Memupuk nilai kecaknaan kepada sekolah
  • Memenuhi objektif SARANA
 

Sep 19, 2016

PROGRAM MURID TAHUN 6 SELEPAS UPSR

19 SEPTEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Ceramah tentang bahaya HIV dan penyebab penularan virus HIV telah diadakan pada hari ini untuk murid-murid tahun 6  SKKK1. Ceramah telah dikendalikan oleh Jururawat Terlatih Pusat Kesihatan Kubang Kerian bertempat di Anjung Bestari SKKK1. 

Ceramah yang diadakan hari ini adalah untuk memberi maklumat kepada semua murid tentang bahaya HIV dan cara jangkitan penyakit tersebut. Secara umumnya HIV adalah singkatan daripada human immunodeficiency virus iaitu sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit. AIDS pula adalah singkatan bagi acquired immune deficiency syndrome atau sindrom kurang daya tahan melawan penyakit. AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. 

Aktiviti  yang diadakan ini merupakan salah satu program yang dianjurkan untuk aktiviti selepas UPSR 2016.

Sep 18, 2016

PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

18 SEPTEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1








Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKKK1 di atas kejayaan mendapat Naib Johan dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Anjuran KPM /BANK RAKYAT 2016  peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 3 September, 2016 yang lepas bertempat di Stadium Kijang Emas Kota Bharu Kelantan. Hadiah serta sijil penghargaan telah disampaikan oleh Tn Guru Besar SKKK1 pada majlis perhimpunan pagi hari ini. Tn Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Seterusnya beliau turut berharap agar murid-murid SKKK1 sentiasa memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan kejayaan yang cemerlang juga dalam apa jua acara yang disertai. Insyallah.

Sep 4, 2016

MAJLIS RESTU ILMU 2016

4 SEPTEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis Restu Ilmu murid-murid tahun 6 SKKK 1 telah diadakan pada pagi ini bermula jam 8.40 pagi hingga 11.30 pagi. Majlis dimulakan dengan solat hajat terakhir  di surau SKKK1, bacaan doa dan nyanyian lagu pembakar semangat di Anjung Bestari SKKK1. Seterusnya ucapan oleh wakil pelajar tahun 6, ucapan oleh wakil guru dan ucapan ringkas oleh Tn. Guru besar SKKK 1. Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengingatkan semua murid agar menjaga makan minum serta kesihatan diri masing-masing menjelang peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 5, 6, 7 dan 8  Sept. 2016. Kesihatan yang baik amat penting bagi memberi keselesaan serta keupayaan berfikir yang tinggi semasa menjawab peperiksaan nanti dan dapat menggunakan semua pesanan serta teknik yang telah diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan sebaik mungkin. Akhir kata beliau mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan semoga semuanya memprolehi pencapaian yang cemerlang. Insyallah.


PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.