GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 29, 2016

SOLAT HAJAT BERSAMA IBU BAPA

29 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1
 


Program Solat Hajat Perdana SKKK1 bersama ibu bapa khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2016 telah diadakan dengan meriahnya pada Isnin, 29 Ogos, 2016, bertempat di Masjid Solihin Kubang Kerian. Program telah bermula seawal jam 6.30 petang dan berakhir hingga 9.00 malam. Semua guru dan ibu bapa bagi murid-murid yang akan menduduki UPSR telah terlibat dalam program ini. Program ini merupakan salah satu program wajib setiap tahun menjelang peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Harapan dan doa moga semuanya dipermudahkan olehNYA dan dapat menjawab dengan tenang seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang. Insyallah.

 

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

29 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







 
Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan dengan penuh meriah pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari ini. Antaranya gimik perasmian, perbarisan wira negara, acara memotong kek bagi murid-murid yang lahir pada 31. Ogos, lawatan ruang pameran sejarah kemerdekaan negara,pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan pakaian beragam berasaskan bendera, persembahan peserta final karaoke 'Sejahtera Malaysia' dan  penyampaian hadiah bagi setiap aktiviti yang dianjurkan sebelum ini.

Aktiviti sempena bulan kemerdekaan telah diadakan bermula 21 Ogos dan berakhir pada hari ini. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah tayangan video kemerdekaan, pertandingan mewarna tahap 1, pertandingan membuat kolaj tahun 4 dan 5, pertandingan rekacipta jalur gemilang & lambang kebanggaan Malaysia, pertandingan kior lagu-lagu patriotik, pertandingan teka silang kata merdeka dan pertandingan kelas ceria merdeka.

PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI

29 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1







Pasukan pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kubang Kerian 1 telah menghantar 5 orang wakil murid PPKI menyertai perkhemahan Pengakap PPKI peringkat Negeri Kelantan (Agoonoree) yang diadakan pada 28 hingga 30 Ogos, 2016 bertempat di Putera Velley  ResortTanah Merah Kelantan. 

Objektif utma aktiviti :-


1.Mewujudkan dan menghargai perpaduan. Rasa kebersamaan dan tanggungjawab antara satu sama lain.

2. Menerapkan nilai menghormati diri sendiri, orang lain dengan menekankan hak sama rata dan keamanan.
3. Menggalakkan pengakap berkeperluan khas ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan persekitaran
4. Mewujudkan rangkaian perkongsian maklumat di antara sesama pemimpin pengakap sama ada dalam negara, negeri, daerah mahupun kumpulan pengakap tempatan.
 
Tahniah buat pasukan Pengakap PPKI SKKK1 kerana telah terlibat dan berjaya mengikuti aktiviti yang dianjurkan sepanjang perkhemahan berlangsung.

Aug 27, 2016

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHUN 5 DAN 6

26 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






SK.Kubang Kerian 1 telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk murid tahun 4 dan 5 pada hari ini.Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu. Objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut : 1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna. 2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. 4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian. Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat. Seramai 400 orang murid yang menyertai Kem Bestari Solat pada kali ini yang terdiri dari murid tahun 4 dan 5.Kem Bestari Solat Fasa 1 ini telah dimulai dengan ceramah yang disampaikan oleh Ust Ahmad Khairi dan Ustazah Nik Nazura.Kemudian murid-murid telah dibahagikan kumpulan dan slot LDK diteruskan sehingga program ini ditangguhkan pada jam 12.30 hari.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


Kem Bestari Solat Fasa 2 untuk murid tahun 5 dan 6 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.


Objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut : 
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.

2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.

4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian. Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.


Aug 24, 2016

HARI USAHAWAN PPKI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

24 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1










Hari usahawan murid PPKI SKKK1 telah diadakan dengan jaya dan meriahnya pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. Murid-murid di latih berurusan sendiri dengan mendapat bimbingan daripada guru untuk menjual sapu tangan dan kuih onde-onde kepada semua warga sekolah dan juga kepada semua ibu bapa atau orang ramai yang datang ke kelas PPKI. Melalui jualan ini murid di bimbing untuk mencatat hasil jualan dan mengira duit yang diterima atau baki sepanjang hari usahawan ini. Hari usahawan ini melibatkan semua murid sebagai melatih mereka uelahntuk belajar berniaga. Semoga usaha murni ini akan memberi manafaat berpanjangan kepada semua murid PPKI SKKK1.

AKTIVITI PENGAKAP PPKI

24 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1



 






Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) SKKK1 telah mengadakan beberapa aktiviti kokurikulum Pengakap PPKI sebagai latihan untuk hidup berdikari. Antara aktiviti yang diadakan ialah memasak roti lilit dan memasak onde-onde. Aktiviti yang diadakan ini juga sebagai salah satu latihan dan persediaan murid-murid untuk menyertai perkhemahan Pengakap PPKI peringkat Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Ogos, 2016. Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan aktiviti ini.

Aug 15, 2016

WARNA WARNI PERHIMPUNAN PAGI

14 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





 



Perhimpunan pagi Ahad minggu ini diserikan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid-murid yang mewakili SKKK1 yang dapat memasuki 100 peserta peringkat akhir Spell it right ke Kelantan State Challenge. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat antaranya adik Hana Nabiha bt Che Rosli, Nabilah bt. Yuhaslize, Nur Diyana bt Mohd Ridzwan, Tg Ahmad Zulkarnain b. Tg Petra dan Wan Muhd Adam Daniel b. Wan Mohd Nasir.

Seterusnya penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid-murid tahun 6 yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan semoga kejayaan demi kejayaan akan terus menyinar pada masa akan datang. Insyallah.

Aug 14, 2016

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1

12 OGOS, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1





Kem Bestari Solat  untuk murid tahap 1 telah di adakan dengan jayanya pada 12 Ogos, 2016. Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.

Objektif Kem Bestari Solat adalah : 
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna. 
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah. 
4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian. 

Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat. Semua guru agama serta guru fardu ain terlibat dalam menjayakan kem ini.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.