GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 10, 2016

GOTONG ROYONG CARI DAN MUSNAH

10 MAC 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Gotong royong  perdana murid-murid tahap 2 SK Kubang Kerian 1, CARI DAN MUSNAH, CEGAH DENGGI bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kubang Kerian telah diadakan pada pagi ini. Semua murid tahap 2 dan guru-guru tahap 2 SKKK1 terlibat dalam program ini.Program gotong royong ini merupakan program kemasyarakatan untuk mencegah sebarang penyakit akibat jangkitan nyamuk.






 

Mar 9, 2016

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2016


SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

9 MAC, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1








Sempena Gerhana Matahari yang berlaku pada pagi ini, sebahagian guru-guru dan kakitangan sekolah yang diketuai oleh Tn Guru Besar SK Kubang Kerian 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh telah mengerjakan solat sunat gerhana matahari pada pagi ini bertempat di padang SKKK1. Khutbah telah di baca oleh Ustz Ahmad Khairi bin Mohd Hassan, guru Pendidikan Islam SKKK1.

Mar 2, 2016

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

2 MAC 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Program Motivasi dan ceramah teknik menjawab peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Program sehari itu di adakan untuk memberi semangat dan motivasi kepada semua murid untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada akhir tahun 2016 nanti. Antara objektif program :- 
 
Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan petua-petua kecemerlangan dalam menghadapi peperiksaaan.
  
Melahirkan pelajar yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, tuhan, keluarga, bangsa dan negara.

Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia mahupun akhirat.

Memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa sikap negatif merupakan penghalang kejayaan yang perlu dikikis dan diganti dengan sikap positif.




PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.