GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 22, 2015

WARNA WARNI PERHIMPUNAN PAGI

22 FEBRUARI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

 




Perhimpunan pagi hari ini telah diadakan beberapa aktiviti antaranya penyampaian hadiah dan sagu hati kepada adik Mohd Izhar dan 2 orang lagi adik beradiknya kerana telah berjaya mewakili sekolah ke pertandingan gimnastik peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan. 

Aktiviti seterusnya meraikan hari kelahiran salah seorang guru SKKK1, iaitu Pn. Norina bt Sidek yang menyambut hari lahirnya pada hari ini yang ke 47 tahun. Semua murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat cikgu Norina. Semua warga sekolah mengucapkan selamat hari lahir, buat cikgu Norina dengan ucapan semoga kebahagian dan keberkatan berpanjangan selamanya. Insyallah.

Feb 16, 2015

CUTI SEKOLAH SEMPENA TAHUN BARU CINA 2015


Feb 12, 2015

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID PPKI DENGAN GURU-GURU DAN PENTADBIR SKKK1

12 FEBRUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1





Majlis perjumpaan/mesyuarat ibu bapa penjaga murid-murid PPKI SKKK1 bersama guru-guru dan pentadbir sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 11 Februari 2015. YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Yunus @ Halim b. Tahir, Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj. Abd Razak b. Adahan dan Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Rozanita bt. Ismail turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail. 

 

MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT ICT 2014

12 FEBRUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1



Mesyuarat Jawatankuasa Unit ICT SKKK1 telah diadakan pada 10 Februari 2015 bertempat di Bilik Akses. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh jawatankuasa untuk meningkatkan lagi perjalanan Unit ICT SKKK1. Antaranya:-
  • Cadangan untuk mewujudkan keahlian bilik Akses
  • Mengadakan kursus dalaman untuk menerangkan fungsi serta penggunaan Frog SKKK1 kepada semua guru-guru SKKK1
  • Mencadangkan kursus penggunaan Frog SKKK1 kepada pengawas ICT sebagai permulaan dan contoh kepada murid-murid lain
  • Mesyuarat ICT melibatkan semua guru kelas akan diadakan dalam masa terdekat

Feb 8, 2015

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2015

8 FEBRUARI  2015 : SK KUBANG KERIAN 1






Majlis perlantikan pemImpin kecil SKKK1 bagi sesi 2015 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Tapak Perhimpunan SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh SUPT Azli b. Md Noor Ketua Jabatan Ketenteraman Awan/Ketua Trafik Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG Tn. Mohd Yunus@Halim b. Tahir Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh, mengalu-alukan kedatangan SUPT. Azli b. Md Noor serta rombongan ke sekoloh dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin kecil SKKK1 yang dengan rasminya telah dilantik pada hari ini sebagai pemimpin kecil sekolah dan selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Semoga kecemerlangan yang ditunjukkan pada hari ini akan membakar semangat untuk terus mengukir kecemerlangan pada masa akan datang. Insyallah.

Feb 5, 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM 2015

5 FEBRUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1




Majlis penyampaian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya menyeru semua ibu bapa yang hadir pada petang ini agar sama-sama bersyukur dan menggunakan sumbangan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia agar digunakan secara berhemat dan digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak. 
Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :- 

  • Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1 bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah Pembelajaran.
  • Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari bermula jam 7.00 pagi 
  • Susu percuma - diberikan kepada semua murid yang menerima RMTS 
  • Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 
  • Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang belajar di SKKK1 pada awal tahun 2015 baru-baru ini 
  • Wang Ehsan  dan E-Kasih 
Beliau juga menyeru kepada semua agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas segala bantuan serta kemudahan yang diberikan kepada semua, khasnya dalam bidang pendidikan dari semasa ke semasa.  
Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :- Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1 bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah Pembelajaran. Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada 196 orang murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari bermula jam 7.00 pagi Susu percuma - diberikan kepada 196 orang murid yang menerima RMTS Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang belajar di SKKK1 pada awal tahun 2013 baru-baru ini Wang Ehsan kepada 204 orang murid E-Kasih akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 32 orang murid

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :- Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1 bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah Pembelajaran. Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada 196 orang murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari bermula jam 7.00 pagi Susu percuma - diberikan kepada 196 orang murid yang menerima RMTS Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang belajar di SKKK1 pada awal tahun 2013 baru-baru ini Wang Ehsan kepada 204 orang murid E-Kasih akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 32 orang murid

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.