GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 30, 2014

30 OKTOBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1







Jamuan Perdana Murid Tahun 6 SKKK1 telah diadakan dengan meriahnya pada tengahari ini bertempat di TnAnjung Bestari SKKK1. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, beliau sempat berpesan dan menasihati semua murid tahun 6 agar sentiasa menjaga nama baik sekolah, diri sendiri dan juga keluarga walau dimana sahaja berada. Melangkah masuk ke tingkatan 1 merupakan satu alam dan suasana baru bagi semua murid dan begitu banyak cabaran dan dugaan bakal menanti. Oleh itu beliau meminta semua murid agar dapat menggunakan semua ilmu yang telah diperolehi semasa di sekolah rendah selama 6 tahun dengan sebaik-baiknya. Agar semua dugaan serta cabaran dapat diatasi secara bijaksana. Insyallah. 

Dalam majlis yang sama juga turut disampaikan hadiah cenderahati kenang-kenangan kepada semua ustaz yang terlibat dalam Program Pemantapan Ibadah (murid tahun 6) pada minggu lepas. . Seterusnya Tn. Guru Besar berharap agar semua murid dapat hadir pada 26hb November 2014 ke sekolah kerana tarikh peperiksaan UPSR akan diumumkan pada hari tersebut. Oleh itu beliau berharap agar semua murid SKKK1 akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Insyallah.

Oct 21, 2014

PERKONGSIAN BAHAN ABM

21 OKTOBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1


Bersama-sama ini saya kongsikan sedikit bahan bantu mengajar, semoga ianya memberi manafaat kepada ramai orang. Insyallah. Kepada yang berminat silakan download.


 
 
 
 
 






MAJLIS PENUTUP KEM PEMANTAPAN IBADAH MURID TAHUN 6

20 OKTOBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

 Peserta Terbaik Lelaki

 Peserta Terbaik Perempuan



Kem Pemantapan Ibadah Murud-murid tahun 6 telah diadakan dengan jayanya seama 2 hari. Pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dan bermanafaat telah diadakan sepanjang 2 hari tersebut dan memenuhi objektif kem tersebut. Majlis penutup yang diadakan pada tengahari ini telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan penutupnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ustaz dan ustazah serta guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program 2 hari ini. Beliau juga berharap agar program seperti ini akan terus diadakan setiap tahun selepas peperiksaan UPSR sebagai salah satu aktiviti yang benar-benar bermanafaat untuk murid-murid sebagai persediaan ke sekolah menengah serta persediaan melalui alam remaja yang penuh dengan cubaan dan dugaan.

Oct 20, 2014

KEM BESTARI SOLAT PPKI PERINGKAT NEGERI KELANTAN

20 OKTOBER, 2014 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1


Seorang wakil murid dari PPKI SKKK1 telah turut menyertai Kem Bestari Solat j-Qaf Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan selama 2 hari bermula 19 - 20 Oktober, 2014 bertempat di Putera Calley Resort & Training Center Tanah Merah Kelantan.  Sehubungan dengan itu syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Mohd Rushdi b. Razali kerana berjaya menyertai aktiviti yang dianjurkan dengan jayanya. Turut serta mengiringi beliau dalam program tersebut ialah Ustz. Abdul Akhiar b. Ab. Rahim selaku guru j-Qaf PPKI SKKK1. Walaupun ianya menjadi perkara biasa bagi kebanyakan orang, namun bagi murid-murid PPKI, aktiviti sebegini merupakan satu kejayaan besar bagi mereka kerana semasa menyertai aktiviti yang dijalankan, mereka dikehendaki menguruskan diri mereka sendiri tanpa bantuan sesiapa dan berjauhan pula dengan keluarga. Harapan dan doa moga beliau berjaya suatu hari nanti serta dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Insyallah.

Antara objektif utama penyertaan murid PPKI dalam Kem Bestari Solat ialah :-
  • Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
  • Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik

KEJOHANAN TENIS LUAR MUSIM MSSSK 2014

20 OKTOBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1


Kejohanan Tenis Luar Musim Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan 2014 yang dianjurkan oleh Unit Sukan JPN Kelantan telah berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober 2014 bertempat di Gelanggang Tenis MSSK, Gelanggang Tenis USM, Gelanggang Tenis IPGKB, Gelanggang Tenis JKR dan Gelanggang Tenis KGCC. Ketagori yang dipertandingkan ialah Bawah Umur 11 Tahun ( L/P ), Bawah Umur 14 Tahun ( L/P ) dan Bawah Umur 16 Tahun    ( L/P ).

SKKK1 telah menghantar seramai 4 orang pemain kategori Bawah Umur 11 Tahun Lelaki dan 2 orang Bawah Umur 11 Tahun Perempuan. Seorang murid SKKK1 iaitu Ahmad Najmi Bin Ahmad Imran dari Kelas 4 Cekal telah berjaya mendapat tempat ke 3 ( Sijil Gangsa ) dalam katagori Bawah Umur 11 Tahun ( L ) bagi acara perseorangan. Beliau telah berjaya membawa pulang hadiah berupa sijil dan madle. Majlis penyampaian hadiah telah di sempurkan oleh Pengerusi Teknik Tenis MSS Kelantan iaitu En. Amiruddin Sham. Dengan kejayaan ini adik Ahmad Najmi akan mewakili Kelantan ke Kejohanan Tenis Remaja Kebangsaan 2014 yang dijadualkan pada bulan November 2014 di Perlis dan Langkawi.
Semoga adik Ahmad Najmi akan terus menjaya dan mengharumkan nama SKKK1

Oct 19, 2014

PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH MURID TAHUN 6

19 OKTOBER, 2014 - SK KUBANG KERIAN 1





Program Pemantapan Ibadah Murid Tahun 6 SKKK1 diadakan selama 2 hari iaitu bermula hari ini 19 Okt. hingga 20 Okt. 2014. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang sempena aktiviti selepas UPSR. Melalui program ini murid-murid akan menjalani aktiviti secara kuliah dan juga secara praktikal untuk pemantapkan lagi aktiviti ibadah semua murid agar menjadi insan yang cemerlang di dunia dan juga diakhirat.

OBJEKTIF KHEMAH IBADAH 2014
 
· Mempertingkatkan kefahaman peserta tentang asas-asas ajaran Islam
· Membimbing peserta menyempurnakan pelaksanaan ibadah.
· Menanamkan ciri-ciri mukmin yang kuat pegangan aqidahnya, mencintai Rasulullah dan menghormati ibubapa.
· Meningkatkan kreativiti peserta dengan menerapkan kefahaman nilai kebudayaan dan kesenian islam.
· Membimbing peserta untuk memilih biah' yang soleh dalam kehidupan seharian dengan mempunyai akhlak yang baik.


Oct 14, 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6

14 OKT. 2014 - SK KUBANG KERIAN 1

Lawatan sambil belajar ke OCCB Bank Kota Bharu telah diadakan pada 13 Okt. 2014. Seramai 40 orang murid tahun 6 bersama 3 orang guru pengiring telah terlibat dalam lawatan tersebut. Sepanjang lawatan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya pertandingan kuiz, taklimat ringkas dan sedikit soal jawab yang dikendalikan oleh pegawai OCCB serta pemberian hadiah cenderahati kenang-kenangan. Aktiviti lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti bermanafaat yang telah dirancang oleh guru-guru serta hawatankuasa tahun 6 SKKK1.



PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.