GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 25, 2013

TIGA PROGRAM DALAM SATU

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

24 OGOS, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1







Majlis Perasmian Penutup Bulan Panitia Agama Islam dan j-Qaf, Pelancaran Buku Santapan Rohani  dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang majlis berjalan, antaranya bacaan Qasidah Arab,persembahan Dikir Barat Arab, penyampian hadiah pertandingan mewarna, kuiz dan melukis poster sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini, serta pertandingan menyanyikan lagu-lagu hari raya murid tahap 1 dan 2. Insyallah berjumpa lagi di tahun hadapan.

Aug 22, 2013

PELANCARAN ALAM PEMBELAJARAN BARU BESTARI VLE FROG

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 
 
22 OGOS, 2013. SK KUBANG KERIAN 1


Pelancaran Alam Pembelajaran Baru Bestari VLE Frog Peringkat Negeri Kelantan akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tempat : SMK Dato' Ahmad Maher
Tarikh : 7 September, 2013
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Sehubungan dengan itu semua ibu bapa/penjaga murid-murid SK Kubang Kerian 1 adalah dijemput dan dialu-alukan untuk hadir pada ketetapan di atas. Surat jemputan telah diedarkan kepada semua murid untuk diserahkan kepada ibu bapa/penjaga masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan pada hari tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para ibubapa/penjaga boleh merujuk kepada iklan VLE Frog yang telah diedarkan kepada anak masing-masing.

SEPINTAS LALU: APA ITU VLE FROG

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

22 OGOS, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1



Seluruh warga SKKK1 mengucapkan Terima kasih dan Selamat Maju Jaya kepada semua guru Pelatih dari beberapa buah Institut Pendidikan Guru Malaysia kerana sudi berkunjung ke SKKK1 untuk menjalani latihan selama 1 minggu. Antaranya : IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, IPG Kampus Darul Aman, IPG Kampus Temenggung Ibrahim, IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Tengku Bainun, IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Ilmu Khas.

Semoga mendapat pelbagai ilmu yang bermanafaat dan dapat mengamalkannya untuk mendidik anak bangsa suatu hati kelak.
 

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

22 OGOS, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1






 
Majlis perjumpaan bersama 82 orang  ibu bapa murid - murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada awal bulan hadapan telah diadakan pada pagi ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Majlis perjumpaan ini di adakan bersama ibu bapa bagi murid-murid yang belum memperolehi pencapaian cemerlang 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini dan mereka adalah berpotensi untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nanti. Dalam majlis ini ibu bapa dimaklumkan tentang kemajuan anak masing-masing. Dalam ucapan ringkasnya, guru besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh meminta semua ibu bapa yang hadir pada hari ini supaya sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah untuk membimbing dan mengawal pergerakan anak-anak menjelang peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Guru-guru di sekolah akan sentiasa memberi bimbingan secara individu atau kumpulan untuk membimbing murid-murid yang lemah, manakala ibu bapa dirumah pula diminta untuk memastikan anak-anak membuat tugasan/kerja/latihan yang diberikan oleh guru. Semoga usaha yang bersungguh-sungguh ini akan membuahkan kejayaan yang cemerlang dalam keputusan UPSR nanti. Insyallah.

Aug 4, 2013

MAKLUMAN CUTI

CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI 
SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 
TAHUN 2013


Aug 3, 2013

SUMBANGAN DUIT RAYA

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

1 OGOS, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1


 Majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada 40 orang murid SKKK1 yang miskin dan berkelayakan telah disampaikan oleh Guru Besar SKKK1 pada majlis perhimpunan pagi. Sumbangan kewangan ini telah dikelolakan oleh Panitia Agama Islam dan j-Qaf SKKK1. Peruntukan sumbangan diperolehi melalui sumbangan derma dari orang perseorangan dan juga warga SKKK1 sepanjang bulan Ramadhan. Dalam ucapan ringkasnya, Tn. Guru Besar berharap agar sumbangan yang disampaikan pada hari ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga masing-masing dalam membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Beliau juga turut berpesan kepada semua murid agar menggunakan sumbangan tersebut untuk perkara yang berfaedah sahaja.

AKTIVITI AMBANG SYAWAL MURID-MURID PPKI SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

1 OGOS, 2013 - SK SUKBANG KERIAN 1
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MASALAH PEMBELAJARAN) 


 



Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran telah mengadakan aktiviti Ambang Syawal bagi murid-murid PPKI. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna poster dan tayangan video. Hadiah serta penghargaan kepada semua murid yang menyertai aktiviti ini telah disempurnakan pada perhimpunan pagi oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. 

Antara objektif utama aktiviti ini diadakan ialah :-
  • Mengenalpasti, mengasah serta menonjolkan bakat kreatif di kalangan murid-murid PPKI SKKK1
  • Memenuhi jiwa dan semangat menyambut syawal di dalam diri murid-murid PPKI SKKK1
  • Mewujudkan murid-murid yang sentiasa peka dengan kehidupan mereka samada dari segi peristiwa atau keadaan semasa
  • Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara murid-murid yang terlibat dalam pertandingan mewarna ini. 

PERTANDINGAN TAKBIR RAYA

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

1 OGOS, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

 

Pertandingan takbir raya bagi murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan j-Qaf sempena aktiviti terakhir Ihya' Ramadhan. Pertandingan ini telah disertai oleh 6 kumpulan murid lelaki dari tahun 4 - 6. Antara objektif utama pertandingan ini diadakan ialah :-
  • Untuk mendedahkan murid-murid tahun 4 - 6 dengan cara bacaan yang betul untuk lafaz takbir dan tahmid yang terdapat dalam takbir raya.
  • Mempersiapkan murid-murid tahun untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.