GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 30, 2012

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH 2012

"Menggemilangkan Akademik"



30 OKTOBER, 2012 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Graduasi murid-murid PraSekolah SKKK1 (Pra Sekolah Mawar, Pra Sekolah Melor dan Pra Integrasi Pendidikan Khas) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 10.00 pagi bertempat di Anjung Bestari SKKK 1. Majlis Graduasi pada hari ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK. Kubang Kerian 1, Tn. Abdul Halim @ Yunus b. Tahir. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini dan terima kasih juga kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama dalam majlis pada hari ini. Beberapa acara persembahan menarik telah diadakan pada hari ini, antaranya persembahan bacaan sajak oleh murid Prasekoah Mawar, persembahan Koir oleh Prasekolah Melor dan Nyanyian oleh oleh Prasekolah Integrasi Pkhas.

Senarai Anugerah Cemerlang Prasekolah Sesi 2012

Prasekolah Mawar

Anugerah Cemerlang 2012
1. Adik Aiman Danial b. Rizauden
2. Adik Tg. Nur Aida bt. Tg. Kamaruddin

Kehadiran Terbaik 2012 - adik Arieyniatul Afiefah bt. Mohammad Khaiful Nizam 

Prasekolah Melor

Anugerah Cemerlang 2012
1. Adik Mhamad Afiq Affandy b. Azlan
2. Adik Nurdhiyaa bt. Awang

Kehadiran Terbaik 2012 - adik Nur Anis Aria bt. Mohd Halim

KEM PEMANTAPAN ROHANI TAHUN 6

"Menggemilangkan Akademik"


  
30 OKTOBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Kem Pemantapan Rohani (Ibadah) bagi murid-murid tahun 6, 2012 telah diadakan selama 2 hari berturut-turut bermula 29 Oktober, 2012 hingga 30 Oktober, 2012, bertempat di SKKK1. Semua murid tahun 6 SKKK 1 diwajibkan mengikuti KEM ini. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah bimbingan ustaz, ustazah dan guru j-Qaf SKKK 1. Kem ini merupakan salah satu aktiviti wajb yang diadakan setiap tahun kepada murid-murid tahun 6 selepas peperiksaan UPSR sebagai persediaan ke  alam remaja yang mencabar. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang KEM ini  ialah ceramah 'Bersuci Dalam Perspektif Islam', bengkel LDK 'Amali Istinjak, Tayammum dan Wuduk', ceramah 'Falsafah Solat Pembentukan Peribadi Muslim, bengkel 'Azan dan Iqamah, amali 'solat' , Ceramah Persiapan Alam Remaja Dari Perspektif Islam' dan amali 'Mandi Wajib'.

Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya berharap agar semua murid tahun 6 yang mengikuti Kem Ibadah pada dua hari ini dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dan mengamalkan  segala ilmu yang diberikan dengan semaksima yang mungkin dan semoga menjadi muslim sejati seperti yang diharapkan. Insyallah.

SKKK1 SEJENAK BERSAMA MUNCHY'S

"Menggemilangkan Akademik"

30 OKTOBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1





Murid-murid tahun 1, 2, 3 dan 4 SKKK 1 berpeluang bersama kakitangan MUNCHY'S dalam usaha mempromosi produk terbaru MUNCHY'S. Dalam program ini murid-murid di tayangkan cerita pendek kanak-kanak, teka-teki dan beberapa fakta berunsur pemikiran kreatif dan kesihatan (Nutri Munch). Pada akhir program sejenak bersama MUNCHY'S ini murid-murid diberikan cenderahati biskut MUNCHY'S. Antara fakta menarik dalam program pada hari ini ialah :-

Fakta Kalsium - 99% kalsium dalam makanan yang dimakan diserap ke dalam tulang. Kalsium membantu tubuh membina tulang yang kuat dan sihat
Fakta Vitamin B - Vitamin B membantu melepaskan tenaga dalam makanan, namun ia tidak dapat disimpan dalam tubuh dan perlu kerap ditambah. 

Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mewakili pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan MUNCHY'S di atas kesudian membuat program bersama murid-murid SKKK 1 pada hari ini.

Oct 18, 2012

AKTIVITI SELEPAS UPSR

"Menggemilangkan Akademik"




18 OKTOBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Pertandingan menyediakan sarapan pagi "sandwich" telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan SKKK1. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid tahun 6, melibatkan aktiviti kumpulan. Bahan serta peralatan pertandingan dibawa sendiri oleh murid, 6 hingga 8 orang dalam satu kumpulan. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh guru-guru tahun 6 sebagai aktiviti atau program selepas peperiksaan UPSR. Melalui aktiviti ini, bakat serta kebolehan murid dalam memasak dan menyediakan hidangan dapat dicungkil. Di samping itu ia juga sebagai latihan kepada mereka untuk berdikari, mengcungkil idea dan kreativiti dalam menghias dan seterusnya semangat kerjasama dalam kumpulan juga dapat dipupuk.

Oct 14, 2012

MYKID SOCCER PERINGKAT ZON TIMUR

"Menggemilangkan Akademik"



14 OKTOBER, 2012 - SK KUBANG KERIAN 1

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil pasukan bola sepak SKKK 1 (bawah 10 tahun) kerana berjaya merangkul Johan dan tempat ke 3 dalam Pertandingan Mykid Soccer Peringkat Zon Timur Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang telah diadakan pada 13 Oktober, 2012 di Padang SK. Sultan Ismail 4, Kota Bharu. SKKK 1 telah menghantar 7 orang murid (2 pasukan) untuk menyertai pertandingan tersebut di bawah bimbingan En. Harizan b. Hamid dan En. Mohd Ruiz b. Ahmed. Majlis penyampai pingat kejohanan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail di perkarangan perhimpunan  pagi Ahad. Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru dan murid-murid yang telah bertungus lumus dalam merangkul kejohanan dan tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut. Semoga kejayaan yang diperolehi akan menjadi contoh tuladan dan semangat kepada semua murid SK. Kubang Kerian 1 dalam semua pertandingan yang disertai. Insyallah.

Oct 11, 2012

ALBUM SEKILAS PANDANG MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN JAMUAN KESYUKURAN SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"

Sekilas Pandang.....di Anugerah Kecemerlangan dan Jamuan Kesyukuran SKKK 1 tahun 2012








Insyallah jika di panjangkan usia jumpa lagi di tahun hadapan.....

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID DAN JAMUAN KESYUKURAN

"Menggemilangkan Akademik"














11 OKTOBER, 2012 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid dan Jamuan Kesyukuran pada tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Hj. Anuar b. Hj. Safian, Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Negeri Kelantan. YDP dan semua AJK PIBG SKKK 1 turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini. Dalam ucapan ringkasnya, Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh memaklumkan jamuan makan tengahari pada hari ini di masak secara kerjasama oleh semua guru dan kakitangan SKKK 1 yang diketuai oleh PK Pentadbiran, Pn. Hj. Wan Rosnani bt. Wan Hamat. Manakala daging lembu adalah sumbangan daripada YBhg Hj. Anuar b. Hj. Safian. Sebagai wakil (seluruh warga sekolah) beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan dan semoga dimurahkan rezeki dan diberkati hendaknya. Dalam ucapan ringkasnya juga, Tn. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru, kakitangan, AJK PIBG, Ibu bapa, para dermawan, murid-murid dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak, aktiviti/majlis seperti hari ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Majlis ini merupakan aktiviti wajib yang diadakan pada setiap tahun bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga bidang Kokurikulum. Seramai 122 orang murid bermula dari Pra Sekolah hingga tahun 6 telah diraikan pada hari ini. Manakala seramai 70 orang murid tahun 6 yang mendapat 8A dalam UPKK 2011 turut diberi hadiah penghargaan. Tidak ketinggalan juga, semua murid (51 orang) yang mendapat 5A dalam UPSR 2011 turut dijemput untuk menerima hadiah penghargaan dari pihak sekolah. Dalam majlis yang sama juga penghargaan turut diberikan kepada 6 orang murid SKKK 1 yang telah menunjukkan  kecemerlangan dalam bidang Kokurikulum sepanjang tahun 2012 dan turut diberi penghargaan kepada 2 orang murid yang menjadi Tunas Harapan SKKK 1.

Murid Cemerlang Kokurikulum 2012 :-
1. Bola Sepak - adik Muhamad Asyraf Hanif b. Zaimi (6K)
2. Bola Baling - adik Muhammad Syahiran b. Azman (6S)
3. Tenpin Boling - adik Nik Muhammad Mumtazi b. Ahmad Kamel (5K)
4. Skuasy - adik Nik Nur Hanis Fatma Elzahraa bt. Nik Abdul Aziz (5K)
5. Tenis - adik Nurezzatiey Wahyuniey bt. Nizam (6C)
6. Tekwando - adik Tg. Aisyah Nadhirah bt. Tg. Brahanudin (5C)

Tunas Harapan SK Kubang Kerian 1
1. Adik Muhamad Asyraf Hanif b. Zaimi (6K)
2. Adik Nurezzatiey Wahyuniey bt. Nizam (6C)



SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

"Menggemilangkan Akademik"

Pn. Masitah bt. Che Mustafa

Pn. Sharminie bt. Shamsuddin

Selamat bertugas di tempat baru di ucapkan kepada Pn. Masitah bt. Che Mustafa, Pembantu Pengurusan Murid PPKI SKKK1 yang bertukar ke SK Tun Hussein Onn Shah Alam berkuat kuasa pada 1 Oktober, 2012 yang lalu. Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau berada di SKKK 1 dan semoga pengalaman yang ada dapat di tambah di sekolah baru nanti. Seterusnya Selamat Datang ke SKKK 1 di ucapkan kepada Pn. Sharminie bt. Shamsuddin, dari SK Telok Penglima Garang yang mengantikan Pn. Masitah bt. Che Mustafa yang berkuatkuasa pada tarikh yang sama.   

Oct 4, 2012

IN HOUSE TRAINING VLE FROG

"Menggemilangkan Akademik"

KHAMIS 4 OKTOBER 2012 - SK KUBANG KERIAN 1

Susulan daripada Krusus VLE Frog bagi Guru Penyelaras ICT & Guru ICT Sekolah yang dibuat oleh Unit ICT JPN Kelantan, satu In House Traning telah di jalankan di sekolah bagi Ketua Panitia Mata Pelajaran (27 September, 2012 - Kumpulan 1) dan guru kelas Tahap 1 (4 Oktober, 2012 - Kumpulan 2 ). Krusus ini dijalankan di Makmal Komputer Sekolah yang dikendalikan oleh Guru Penyelaras ICT iaitu Che Hamdan b. Hamid dan dibantu oleh Pn. Salwa bt. Husin ( Guru ICT ) serta En. Sarkawi ( Juru Teknik Komputer). Seramai 15 orang Ketua Panitia Mata Pelajaran yang turut disertai oleh Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat dan Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid PN. Hjh. Noraini bt. Abdullah. Para peserta diperkenalkan serta di dedahkan dengan Aplikasi VLE Frog dan cara menggunakan kemudahan yang disediakan untuk proses P&P. Pada akhir krusus ini satu majlis penyerahan Dongle Yes 4G  kepada peserta krusus telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Tn. Hj. Mohamed Bin Che Noh.

Antara Objektif Utama Krusus ini diadakan adalah  untuk :-
1. Memperkenalkan VLE FrogAsia di bawah Projek 1Bestarinet.
2. Memberi latihan membina bahan P&P melalui laman wab yang disediakan.
3. Membina laman wab VLE FrogAsia untuk Sekolah, Panatia Mata Pelajaran & Diri sendiri.
4. Memberi pendedahan awal berkenaan Aplikasi VLE FrogAsia.

Hasil daripada kursus ini, para guru telah mendapat penambahan ilmu terutama dalam bidang pendidikan.  Adanya Frogasia.Com ini akan dapat menyediakan para guru untuk menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran, sejajar dengan perubahan dunia kini. Pendedahan kepada murid juga akan dilakukan secara berperingkat dari masa ke semasa. 

 

 

Oct 3, 2012

KEJOHANAN TENIS LUAR MUSIM

"Menggemilangkan Akademik"




3 OKTOBER, 2012 - SK KUBANG KERIAN 1 Kejohanan Tenis Luar Musim Anjuran IPGKB, PTK & MSSK telah diadakan pada 28 - 29 sept 2012 yang lepas bertempat di gelanggang tenis Institut Perguruan Malaysia, Kampus Kota Bharu. SK. Kubang Kerian 1 telah menghantar seramai 4 orang peserta, 2 orang peserta bagi kategori umur 12 tahun iaitu adik Nurizaty Wahyuni dari kelas  6 Caring dan adik  Nuhammad Haikal dari kelas 5 Kind bagi acara lelaki bawah 10 tahun. Manakala 2 org peserta lagi iaitu adik Ahmad Najmi Imran dari kelas 2 Caring dan adik Muhammad Hazim dari kelas 2 Kind. 
Nurizaty Wahyuni telah mendapat tempat ke 3 bagi acara perseorangan 12 tahun perempuan dan naib johan bagi acara berpasangan 12 tahun perempuan. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh pengarah IPGKB Tn. Hj. Hashim b. Deraman dan Pengerusi Teknik Tenis MSSM En Azmi  b. Awang. Sehubungan dengan itu semua warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan tersebut. Semoga bakat yang ada akan dapat di serlahkan kehebatannya pada masa akan datang. Insyallah.

Oct 2, 2012

PERTANDINGAN FUTSAL

"Menggemilangkan Akademik"

2 OKTOBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Pertandingan Futsal murid-murid SKKK 1 di bawah anjuran Unit Kokurikulum telah diadakan bermula hari Rabu 26 September, 2012 hingga Khamis 27 September, 2012 bagi murid tahun 3 dan 4. Manakala murid-murid  tahun 6 berlangsung sehingga hari ini. Pertandingan Futsal mengikut rumah sukan ini di adakan sebagai salah satu aktiviti tahunan Kokurikulum di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan Futsal.






PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.