GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 29, 2012

MAJLIS JASAMU DI KENANG

"Menggemilangkan Akademik"






29 APRIL, 2012 - KUBANG KERIAN. Majlis "Jasamu Di Kenang" meraikan persaraan dan perpisahan warga SKKK 1 telah diadakan pada hari ini dengan penuh meriah sekali. Majlis dimulakan pada jam 11.30 pagi, di Anjung Bestari SKKK 1.

Antara kakitangan SKKK 1 yang diraikan pada hari ini ialah Pn. Halimah bt. Ismail (Pembantu Tadbir SKKK 1) yang bersara pada 28 April, 2012, Cikgu Abd Razak yang telah bertukar ke SK. Seri Kota, Kota Bharu sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, Ust. Nooriman  (guru J-Qaf) yang bertukar ke SK. Parang Puting Sabak, En. Wan Mahmud (Ketua Kerani SKKK 1) yang telah bertukar ke SK. Kubang Kerian 3, Kota Bharu dan Pn. Marlini (PPM PPKI) yang telah bertukar ke SK. Chiku 3 Gua Musang. 

Beberapa acara ringkas telah diadakan pada hari ini, iaitu persembahan nyanyian dari Ust. Nooriman dan Cikgu Tg. Norsyilawati, bacaan sajak oleh Cikgu Khuzaimah dan Cikgu Asiah, serta penyampaian sumbangan ikhlas (duit) daripada keluarga Pn. Halimah untuk dimasukkan ke dalam akaun murid-murid miskin SKKK 1 (melalui wakil Tabung Haji Cawangan Kelantan). Seterusnya majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah tanda kenang-kenangan kepada semua kakitangan yang dirai pada hari ini. 

Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang diraikan pada hari ini diatas usaha dan kerjasama meraih kecemerlangan yang telah diberikan sepanjang berada di sekolah ini. Seterusnya sebagai wakil dari seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Halimah dengan harapan dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang berpanjangan  dan selamat bertugas di tempat baru kepada guru-guru yang telah memulakan tugas di sekolah yang baru. Majlis berakhir jam 1.15 petang. 

Apr 25, 2012

PERSEMBAHAN PERGERAKAN KREATIF DAN GIMRADAR PELAJAR-PELAJAR IPG KAMPUS KOTA BHARU

"Menggemilangkan Akademik"






25  APRIL, 2012 - KUBANG KERIAN. Sekumpulan pelajar-pelajar KPLI (GSTT-12 orang), pengkhususan Sejarah  IPG Kampus Kota Bharu bersama 2 orang pensyarah penasihat telah membuat persembahan pergerakan kreatif dan gimradar pada hari ini dihadapan murid-murid dan guru-guru SKKK 1 pada jam 8.00 pagi ini, bertempat di Anjung MCM.. Persembahan ini merupakan ujian amali mereka dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sepanjang proses persembahan mereka, murid-murid dapat belajar mengenai pergerakan kreatif dan gimradar(tanpa suara) hanya membuat gerakan mengikut bunyi muzik yang dimainkan. Sehbungan dengan itu pihak SKKK 1mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar dan pensyarah IPG KB yang sudi memilih SKKK 1 sebagai tempat mereka membuat persembahan/pertunjukan kepada murid-murid sekolah rendah. 

Apr 20, 2012

RUJUKAN DAN PANDUAN KSSR TAHUN 1 DAN 2 SECARA ONLINE

"Menggemilangkan Akademik"



Assalamualaikum dan salam sejahtera....Bersama-sama ini saya ingin berkongsi line panduan dan rujukan KSSR secara online.Banyak maklumat dan perkara penting berkaitan KSSR tahun 1 dan 2 ada terkandung dalam web ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh mengikutinya secara mendalam melalui link dibawah. Semoga ianya memberi manafaat kepada semua,,,,Terima kasih.


Apr 15, 2012

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID PPKI BERSAMA GURU-GURU PPKI SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"

Ucapan alu-aluan daripada PK Pendidikan Khas, En. Nik Jailani b. Nik Mat

 Ibubapa sedang mendengar taklimat ringkas daripada wakil pihak pentadbir SKKK 1
 iaitu Pn. PK HEM Pn. Hjh. Noraini bt. Abdullah

 


Upacara kemuncak penyampaian cenderahati kepada murid yang menyambut hari kelahiran Januari - Jun oleh PK Kokurikulum, Tn. Hj. Mohd Helmi b. Ismail


 
Murid-murid bersedia untuk memotong kek hari lahir....
SELAMAT HARI LAHIR BUAT MEREKA....

 
Upacara kemuncak memotong kek hari lahir bagi murid yang menyambut hari kelahiran Januari - Jun bersama PK Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat


 
Upacara kemuncak memotong kek hari lahir bagi murid yang menyambut hari kelahiran Januari - Jun bersama guru Penyelaras Kelas PPKI, Pn. Zainab bt. Abd. Rahman

15 APRIL, 2012 - Satu majlis perjumpaan ibu bapa murid-murid PPKI bersama guru-guru PPKI SKKK 1 telah diadakan pada hari ini kali pertama dalam tahun 2012. Dalam majlis yang diadakan pada hari ini beberapa aktiviti telah disusun atur untuk memanafaatkan sepenuhnya masa bersua muka hari ini. Antaranya, taklimat ringkas daripada PK. Pendidikan Khas mengenai perlaksanaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) dan perkara yang berkaitan dengan kelas PPKI SKKK 1. Seterusnya wakil daripada pihak pentadbir SKKK 1, Pn. PK HEM, Pn. Hjh. Noraini bt. Abdullah turut memberi taklimat ringkas tentang kehadiran murid-murid PPKI ke sekolah, konsep guru penyayang serta turut disentuh mengenai bantuan untuk murid PPKI SKKK 1. 

Dalam majlis yang sama turut diadakan motivasi keibubapaan mengenai Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Istimewa yang disampaikan oleh Yang Berusaha DR. Ku Yusoff b. Engku Ismail, pensyarah Universiti Kuala Lumpur, Kampus Ipoh Perak. Seterusnya di akhir majlis turut diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi murid-murid yang menyambut hari kelahirannya pada bulan Januari dan Jun. Majlis berakhir jam 2.00 petang.

SELAMAT HARI LAHIR

"Menggemilangkan Akademik"
Semua guru dan kakitangan SKKK 1 yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari - April sedang menyanyikan lagu  'SELAMAT HARI LAHIR'

 



15 APRIL, 2012 - Majlis penyampaian cenderahati daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1 kepada guru-guru dan kakitangan sekolah yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada bulan Januari - April, telah diadakan pada hari ini di medan perhimpunan pagi. Majlis ini merupakan majlis bulanan yang diadakan di peringkat sekolah untuk meraikan guru-guru dan kakitangan SKKK 1 yang menyambut ulang tahun kelahiran. Semua guru dan kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran telah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pn. PK HEM Pn. Hjh. Noraini bt. Abdullah dan Pn. PK Pentadbiran, Pn. Hjh. Wan Rosnani bt. Wan Hamat. Selamat Hari Lahir dan Moga Kebahagiaan Berpanjangan Hendaknya diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibaat....insyallah....  

Apr 12, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2012

"Menggemilangkan Akademik"






12 APRIL 2012 - KUBANG KERIAN. Majlis Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2012 telah diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi - 1.15 petang. 

Objektif Utama Program:-
1. Membimbing dan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada semua warga SKKK 1 tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
2. Menunjukkan sokongan dalam usaha memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa dalam masyarakat kita.
3. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam membendung ancaman dadah bagi memastikan bangsa dan Negara kita bebas daripada dadah.
4. Mewujudkan amalan kerjasama dan tolong menolong di kalangan murid.
5. Membantu pihak kerajaan dalam meningkatkan taraf dan kualiti pendidikan Negara.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Seterusnya perasmian Hari Antidadah Kebangsaan 2012 (peringkat sekolah) telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari ini ialah Ceramah Antidadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (murid tahap 2) oleh Pn. Hjh. Nazirawati bt. Yaakub, Pegawai AADK Kota Bharu. Pameran dan pemeriksaan Kesihatan (Klinik Kesihatan Kecil Kubang Kerian), Pameran Hari Antidadah kebangsaan 2012 (murid tahap 1 dan 2) dan pertandingan mewarna (tahap 1) serta melukis poster (tahap 2).

Apr 10, 2012

AKTIVITI TERAPI BERKUDA PPKI SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"





10 APRIL, 2012 - KUBANG KERIAN. Kelas Pendidikan Khas Integrasi SK.Kubang Kerian 1 telah mengadakan sesi terapi berkuda pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tgh bertempat di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan(YOKUK). Aktiviti terapi pada hari ini melibatkan 11 orang murid. Semua murid yang terlibat telah diberi latihan terapi menaiki kuda oleh juru terapi yang bertauliah. Aktiviti terapi ini di jalankan setiap minggu berselang seli dengan terapi air juga di bawah kelolaan YOKUK. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YOKUK di atas kerjasama yang diberikan.

Apr 9, 2012

ENGLISH LANGUAGE STORY TELLING, ACTION SONG AND PUBLIC SPEAKING COMPETITION PRIMARY SCHOOL QIT LEVEL 2012,

"Menggemilangkan Akademik"

8th April, 2012 - KUBANG KERIAN. English Language Story Telling, Action Song and Public Speaking Competition Primary School , QIT Kota Jembal telah diadakan di SK. Kubang Kerian 1 pada 8th April, 2012 bermula 8.30 a.m - 12.30p.m. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah SK. Kubang Kerian 1, SK. Kubang Kerian 3, SK. Chicha Menyabong, SK. Sering, SK. Gong Dermin, SK. Sultan Ismail 4 dan SK. Banggu. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya dan cuba lagi di tahun hadapan bagi yang kurang bernasib baik. 

Keputusan Pertandingan:-

STORY TELLING
1- SK. Kubang Kerian 3
2- SK. Sultan Ismail 4
3- SK. Kubang Kerian 1

PUBLIC SPEAKING
1- SK. Kubang Kerian 3
2- SK. Sultan Ismail 4
3- SK. Kubang Kerian 1


ACTION SONG
1 - SK. Sultan Ismail 4
2 - SK. Kubang Kerian 3

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.