Pages

Jun 24, 2012

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM 2012 SKKK 1



24 JUN 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Perkhemahan Unit Beruniform SKKK 1 pada tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya pada Khamis 21hb. Jun 2012 hingga Sabtu 23hb. Jun 2012 (2 malam 3 hari) bertempat di Kem Sri Nipah Bachok. Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut, antaranya Pertandingan Kawad Kaki Statik, Pertandingan Khemah (cantik, kemas, sistemetik dan bersih), Pertandingan membina istana pasir dan pertandingan persembahan malam kebudayaan.

Keputusan Penuh :-

Pertandingan Kawad Kaki Statik 
- Johan Pasukan TKRS, Naib Johan Pasukan Puteri Islam dan tempat ke 3 Pasukan Pengakap 

Pertandingan Khemah (cantik, kemas, sistemetik dan bersih)
- Johan Pasukan Puteri Islam, Naib Johan Pasukan TKRS dan tempat ke 3 Pasukan PBSM

Pertandingan Membina Istana Pasir 
 Johan Pasukan PBSM, Naib Johan Pasukan Puteri Islam dan tempat ke 3 Pasukan Pengakap

Pertandingan Persembahan Malam Kebudayaan.
 Johan Pasukan TKRS, Naib Johan PBSM dan tempat ke 3 Pasukan Pengakap

JOHAN KESELURUHAN  : PASUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Majlis penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya Tn. Guru Besar SKKK 1 menashatkan semua murid agar sentiasa bergiat aktif dalam Kokurikulum selaras dengan kecemerlangan dalam bidang akademik. Sesungguhnya Minda yang cerdas bermula dari badan yang cergas. Kecemerlangan yang sebenar bukan hanya diukur dari sudut akademik semata-mata malah penyertaan dalam aktiviti Kokurikulum juga turut di ambil kira. Diharapkan semoga semua murid-murid SKKK 1 sentiasa bergiat aktif dalam Kokurikulum. Seterusnya beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SKKK1 yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam menjaya aktiviti perkhemahan Unit Beruniform SKKK 1 bagi tahun 2012.


Jun 21, 2012

MAJLIS PERASMIAN KAYUHAN EMAS 2

"Menggemilangkan Akademik"

21 JUN 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1 KOTA BHARU.

Majlis perasmian Kayuhan Emas 2 telah diadakan pada pagi ini bertempat diperkarangan SKKK 1. Seramai 50 orang murid telah menyertai kayuhan yang bermula dari SKKK 1 ke tapak perkhemahan Kem Sri Nipah Bachok. Program kayuhan emas 2 ini di adakan bersama dengan perkhemahan unit beruniform SKKK 1 2012 ( 21/6/2012 - 23/6/2012). Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SKKK 1, Tn. Hj. Halim @ Mohd Yunus b. Tahir.  Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk :-
1. Mendedahkan murid-murid kepada aktiviti berbasikal dan perkhemahan.
2. Memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi antara satu sama lain.
3. Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan antara murid, guru, PIBG dan kakitangan sekolah.
4. Melahirkan murid yang cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental.
5. Memberi pengetahuan pengelolaan pengurusan kenderaan basikal dengan betul.

 

 

 

 

 

Jun 20, 2012

SELAMAT DATANG


Selamat Datang dan selamat bertugas di SK. Kubang Kerian 1, buat Cikgu Rabiatul Hazmiah bt. Abdul Hamid yang bertukar dari SK. Hamzah, Machang (2007 - 2012). Cikgu Rabiatul Hazmiah adalah merupakan guru Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) memulakan tugas di SKKK 1 pada 11/6/2012 yang lalu. Seluruh warga SKKK 1 mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas....