Followers

::Skkk1 Dalam Lipatan Sejarah::

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920, bermula sebagai sekolah rakyat.Nama asalnya adalah Sekolah Melayu Kubang Kerian.Bangunan asal adalah merupakan sebuah bangsal kecil bertiangkan batang nibung dan beratapkan rumbia.Keluasan bangunan ini ialah 12x30 kaki persegi. Tapak sekolah ini telah berubah beberapa kaki sehingga pada tahun 1938 sekolah ini telah menerima satu bangunan kayu 20x113 kaki persegi sebagai bangunan rasmi sekolah. bangunan ini mempunyai empat bilik darjah dan satu bilik Guru Besar. sebuah bangunan batu telah dibina sebagai bangunan untuk kelas fardhu ain pda tahun 1993. Seterusnya pada tahun 1993 pengurusan sekolah ini terpaksa dibahagikan kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) kerana bilangan murid yang ramai dan bangunan yang sedia ada tidak mencukupi. Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) kekal di tempat asal dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) dipindahkan ke tapak baru lebih kurang satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan kubang Kerian 1

Aug 27, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA PENGARAH JPN KELANTAN

"Menggemilangkan Akademik"




26 Ogos, 2011- Satu majlis ramah mesra Pengarah Pelajaran Kelantan, Tn. Hj. Hussain b. Awang bersama guru-guru sekitar Daerah Kota Bharu telah diadakan pada hari ini  jam 10.00 malam bertempat di Anjung Bestari SK. Kubang Kerian 1. Seramai lebih kurang 400 orang guru yang tinggal di sekitar Daerah Kota Bharu terlibat dalam program ini yang berakhir jam 12.00 tgh malam. Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan hidangan pelbagai colek. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Majlis Pembangunan Parlimen Kubang Kerian.

Read more...

Aug 10, 2011

PENYAMPAIAN WANG ZAKAT SKKK1 2011

"Menggemilangkan Akademik"


9 Ogos, 2011 - Majlis ringkas dan tertutup penyampaian wang zakat kepada 190 keluarga murid SKKK 1 yang layak telah berlangsung pada hari ini di bilik Guru Besar SKKK 1. Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Pemberian wang zakat ini adalah sumbangan daripada pelbagai pihak seperti Bank Kerjasama Rakyat dan juga orang perseorangan. Pemberian wang zakat ini diagihkan kepada semua murid SKKK 1 yang benar-benar layak dan telah dibuat pemilihan dengan sewajarnya oleh pihak sekolah. Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap sumbangan zakat yang diberikan ini  dapat membantu meringgankan beban tanggungan keluarga masing-masing dan digunakan dengan sebaik mungkin tanpa pembaziran terutama di bulan yang barakah ini. 

Read more...

Aug 8, 2011

PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA B12 CEMERLANG DI SAITAMA JEPUN

"Menggemilangkan Akademik"







Pasukan bolasepak Malaysia Bawah 12 beraksi cemerlang di dalam kejohanan Bolasepak Remaja antarabangsa di Saitama Jepun dari 19hb. Julai hingga 26hb. Julai baru-baru ini. Menurut Penolong Jurulatihnya, En. Mohd Izani b. Mahmud, walaupun bermain di dalam iklim yang tidak menentu para pemain telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam usaha mencatat kecemerlangan di luar negara. Bagaimanapun Malaysia B12 tewas kepada Thailand di peringkat suku akhir melalui tendangan penalti 2-3 setelah terikat 0-0 di dalam masa sebenar perlawanan. 

Read more...

Aug 1, 2011

BULAN PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

"Menggemilangkan Akademik"




31 Julai 2011- Satu majlis perasmian Bulan Panitia Pendidikan Islam tahun 2011 telah dirasmikan oleh Tn. Guru Besar, SKKK 1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Sempena majlis pelancaran tersebut, satu Tazkirah Ihya' Ramadhan telah disampaikan oleh Ustz. Mohamad Shakir b. Husain, (Ustz. J-Qaf SKKK 1). Beberapa aktiviti akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan,  antaranya Tadarus Al-Quran dan Solat Zohor, memperdengarkan Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan Nasyid, Tazkirah Ramadan, Penerbitan Risalan Ramadhan, Tayangan Video, kutipan derma tabung Ramadhan, majlis bacaan Yassin dan solat hajat(murid tahun 6), kuiz ramadhan (tahap 1), pertandingan membuat kad hari raya (tahap 2) dan pertandingan Tilawah Al-Quran, hafazan, lafaz Azan dan Takbir Raya(tahap2) akan diadakan pada 18 Ogos, 2011.
Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap semua murid serta warga sekolah mengambil bahagian dalam program atau aktiviti yang dirancangkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi seribu keberkatan buat kita semua. Insyallah.

Read more...

SELAMAT HARI LAHIR....

"Menggemilangkan Akademik"


Selamat Hari Lahir diucapkan buat semua guru serta kakitangan SKKK 1 yang lahir pada bulan Julai. Semasa sesi perhimpunan pagi Ahad minggu ini sedikit cenderahati daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1 telah disampaikan oleh Tn. Guru Besar, kepada semua guru dan kakitangan yang telibat. Semoga panjang umur, diberkati dan limpahan kebahagiaan yang berpanjangan............insyallah.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

:: Kenangan Terindah Di Skkk1...::

Motivasi Kepimpinan & Watikah Pelantikan

::Warga Pendidik Skkk1::

::Pembudayaan ICT Skkk1::

::Sekitar Sambutan Maulidurrasul Dan Kesyukuran::

  ©Template by Dicas Blogger.