::Skkk1 Dalam Lipatan Sejarah::
Jan 24, 2011
Jan 19, 2011
MESYUARAT QIT KOTA JEMBAL 1/2011
Jan 18, 2011
KELAB PENABUNG MUDA BSN
Jan 17, 2011
SELAMAT DATANG WARGA BARU SKKK 1
Jan 16, 2011
SEKALUNG UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM SK. KUBANG KERIAN 1
::Perhimpunan Pagi Kali Pertama 2011
Jan 13, 2011
Salam Perpisahan
Selamat Menjalankan Tugas di sekolah baru kpd Puan Wan Ramlah Bt.Daud.Semoga dapat menjalankan tugas di sana dengan penuh dedekasi........
| penyerahan tugas-rugas briged ICT/Bestari.....Cg Ruiz |
| Briged ICT Skkk1.... |
"Menggemilangkan Akademik" Read more...
Jan 6, 2011
::Hujan ...oh Hujan ::
![]() |
| suasana seawal pagi..... |
![]() | |
| sudah dinaiki air..... |
"Menggemilangkan Akademik" Read more...
Jan 3, 2011
::Senario Hari Pertama Persekolahan Sesi 2011::
Sk.Kubang kerian 1- 03 Januari 2011,merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2011.Begiitu teruja melihatkan gelagak murid yang datang ke sekolah dengan pelbagai ragam,terutamanya murid-murid Tahun1,prasekolah,pra integrasi,pendidikan khas.Ada yang menangis,ada yang masih tak mahu melepaskan pegangan tangan dengan ibubapa,dan tak kurang juga yang berpelukan dengan para ibubapa.Bagi murid-murid yang baru menjejakkan kaki k alam persekolahan,senerio sebegini sudah menjadi lumrah.Di sana-sini kelihatan ibubapa murid-murid cilik ini menemani anak-anak mereka.pihak pengurusan terpaksa membenarkan para ibubapa berada di kawasan sekolah dan berada berdekatan dengan kelas-kelas murid-murid cilik ini memandangkan masih ada yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran baru di sini.
Bagi murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 pula,hari pertama di sekolah merupakan smangat baru bagi mereka.kebanyakannya dalam keadaan yang cergas,ceria dan gembira,ditambah pula dengan uniform sekolah yang serba baru.Puan PKP,PK HEm merupakan personal yang paling sibuk menjelang sesi awal persekolahan ini.Apapun semuanya kami lalui dengan penuh kegembiraan...Semoga anak-anak didik kami bakal lahir sebagai insan yang cemerlang dan berminda kelas pertama.....
| suasana di kelas pendidikan khas...aktiviti di kantin... |
| suasana di tahun Satu......sukar berpisah dari keluarga!!!! |
| Seorang ibu sedang cuba mententeramkan anakanya ....... |
| guru pra sedang mententeramkan salah seorang muridnya...dengan penuh sabar!!! |
| Puan PKP bersama murid-murid prasekolah... |
"Menggemilangkan Akademik" Read more...
Jan 1, 2011
::Pendaftaran Murid Tahun Satu Bagi Sesi 2011::
Sk.kubang kerian 1- Tanggal 01 januari 2011,satu majlis taklimat untuk para ibubapa murid Tahun satu diadakan di anjung Bestari.Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh selaku Guru Besar Skkk1.Turut hadir adalah Yang Dipertua PIBG Tuan Hj.Halim@Yunus B. Tahir.Para ibubapa telah didedahkan dengan program-program yang perlu diikuti oleh murid-murid tahun satu,keperluan-keperluan,masalah-masalah yang biasa melanda mereka,jua sukatan pelajaran baru,Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )telah diberi penerangan oleh Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Para ibubapa diminta memberi kerjasama yang padu ke arah kecemerlangan pelajaran anak-anak,bermula dari tahun satu.Cabaran dunia globalisasi tanpa sempadan ini perlu dilalui dan ditangani dengan baik oleh para ibubapa dan guru-gurubagi melahirkan generasi cemerlang,gemilang dan terbilang serta modal insan berminda kelas pertama.Untuk itu,para ibubapa perlulah mengambil cakna dalam perubahan kurikulum yang berlaku dalam era teknologi maklumat ini.....demikian antara lain ucapan Tuan Guru Besar Skkk1 dalam majlis ini.
Seterusnya,para ibubapa beredar ke kelas anak-anak mereka mengikut senarai yang telah ditetapkan bagi urusan bayaran yuran dan pendaftaran.Seramai 206 orang pelajar tahun satu telah didaftarkan pada hari ini.Tuan haji Mohamed berharap agar murid-murids tahun satu ini akan memulakan sesi pengajian dengan penuh semangat dan bakal lahir sebagai murid-murid cerdas pintar dan cemerlang rohani,jasmani,emosi,intelek dan sosial( JERIS ).Para ibubapa juga diminta agar sentiasa memberi kerjasama yang padu ke arah kejayaan ini.
"Menggemilangkan Akademik" Read more...























