::Skkk1 Dalam Lipatan Sejarah::
Feb 28, 2010
Feb 25, 2010
::Pengisian Markah UBB1::
Perhatian:Kepada Semua Guru Kelas Skkk1:
1. Anda diminta untuk memuatturun marksheet kelas masing-masing di ruangan download.
2.Senarai nama boleh diambil mengikut kelas masing-masing,kemudian copy di dalam marksheet tersebut.
2.Anda perlu menghantar marksheet yang telah siap pada 2 Mac 2010 via email kepada Unit Peperiksaan, seperti yang tertera di bawah:
sk.kubangkerian@gmail.com
3.Anda boleh mengisi marksheet ini samaada di Makmal Yahoo.Com,Makmal Hotmail.Com,Pusat Akses atau di rumah masing-masing.
4.Semua marksheet yang telah siap diisi hanya diterimapakai dalam bentuk softcopy.
Sekian harap maklum.....Dari unit peperiksaan Skkk1.
"Sama-sama gemilangkan Akademik Skkk1......."Kerja dalam satu pasukan,Insya Allah akan membuahkan hasil yang cemerlang...... "
Feb 24, 2010
::Kem Kepimpinan Dan Motivasi ::
Kubang Kerian-Satu Kem Kepimpinan dan Motivasi bagi Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Briged ICT,Pengawas SPBT,Ketua darjah dan Penolong Ketua Darjah akan diadakan pada 27 Februari 2010.Diikuti dengan watikah perlantikan pada 28 Februari 2010 bersamaan hari Ahad.Puan Penolong Kanan HEM meminta agar semua personal yang terlibat dapat bekerjasama di bawah satu pasukan bagi menjayakan program ini.Kepada semua pemimpin cilik Skkk1 pula diminta agar bersiap sedia dan melengkapkan segala keperluan bagi menghadiri perkhemahan dan kem ini.
Read more...Feb 22, 2010
::Taklimat Aset::
Kubang Kerian-tanggal 22 Februari 2010-Satu taklimat Aset telah diadakan di makmal Hotmail.Com.Taklimat ringkas ini diberikan khusus kepada semua guru dan kakitangan Skkk1 yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan,selenggaraan dan penyimpanan hartamodal dan inventori peringkat sekolah.Taklimat ini diberikan oleh salah seorang programmer yanng sudah tidak asing lagi di daerah Kota Bharu ini.Guru-guru dan kakitangan yang yang terlibat dengan pengurusan aset ini diketuai oleh Puan Norani Bt.Abdullah ( PK HEM ) selaku ketua Aset Skkk1,En.Wan Mahmud Sabri B.Wan Idris-Ketua Pembantu tadbir(CC),Puan Halimah-pegawai kerani,Puan Wan Ramlah-Penyelaras Bestari,En.Sharkawi B.Ibrahim-Juruteknik FT17,Puan Tg.Norsilawaty Tg.Hassan-Prasekolah,Puan Nurul Aini bt.Ismail-Praintegrasi,En.Ruiz B.Ahmed mewakili Pen.Khas Skkk1.Kesemua personal yang terlibat telah diberikan pendedahan tentang kepenggunaan sistem aset.Puan Norani Bt.Abdullah selaku ketua aset SKKK1 berharap dengan taklimat dan pendedahan yang diterima pada hari ini,pengurusan Aset Skkk1 akan lebih teratur dan berada di tahap yang cemerlang.semoga barisan "Aset Skkk1"akan bekerja dalam satu pasukan yang mantap dan berjaya menjulang pengurusan Skkk1 ke tahap yang cemerlang......
Feb 21, 2010
::Jadual Ujian Bulanan Februari 2010::
Perhatian kepada para Guru dan Ibubapa Skkk1:
Anda bolehlah memuat turun jadual Ubb bagi Bulan Februari 2010 mulai hari ini di ruangan download.....selamat menjalani UBB 1 bagi semua murid Skkk1.Lapangkan dada,tenangkan fikiran dan berhati-hati semasa menjawab soalan ujian.Insya Allah kejayaan akan menyusul kita.Di mana ada kemahuan,di situ kejayaan menanti.....
"Sama-sama Gemilangkan Akademik Skkk1"
Feb 17, 2010
::Karnival Futsal 2010::
Skkk1 17 Feb 2010-Satu Karnival Futsal bagi sesi 2010 telah berlangsung bermula hari ini.Karnival ini akan berlangsung selama dua hari,yakni 17 hingga 18 Feb 2010.Perlawanan futsal adalah di antara rumah-rumah pasukan yang terdiri murid-murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
::Teknik Menjawab Soalan UPSR::
Skkk1 17 Feb 2010-Satu sesi Panduan Menjawab Soalan Science telah diadakan di Anjung Bestari.Majlis ini telah diadakan di bawah kelolaan Unit kecemerlangan Akademik Skkk1.Penceramah undangan adalah En.Shariman B.Sharidan yang merupakan guru pakar Science dari SK.Kem Desa Pahlawan.majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan disertai oleh lebih kurang 221orang bakal calon UPSR.Beliau telah menitipkan pelbagai tips menjawab soalan bagi subjek Science ini.Di samping itu,beliau juga turut memberi dorongan semangat kepada bakal calon UPSR agar sentiasa rajin berusaha dan melihat subjek Science ini sebagai subjek yang senang dan seronok dipelajari.
Feb 11, 2010
::Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Pasukan Guru-guru Skkk 1 Muncul Juara::
Feb 3, 2010
::Watikah Perlantikan-Pembakar Semangat Guru::
Sk.Kubang Kerian 1-Tanggal 31 Januari 2010 merupakan satu tarikh yang perlu disemat di sanubari warga Skkk1,kerana pada hari ini semua ketua-ketua panitia dan guru-guru yang menerajui jawatan utama dalam barisan pentadbiran unit Kurikulum Skkk1 telah diwatikahkan secara rasmi di tapak perhimpunan Skkk1.Majlis disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,Tuan Hj.mohamed B. Che Noh bersama Penolong Kanan Pentadbiran yang sudah tidak dapat dinafikan keterampilan kepimpinannya,Puan Hjh Wan Rosnani Bt.Hamat.Objektif watikah ini adalah untuk memberi penghargaan daripada pihak sekolah,sebagai perangsang kepada guru agar menjalankan tugasan keguruan dengan lebih dedikasi dan juga sebagai pemberitahuan kepada seluruh warga Skkk1 tentang penerajuan jawatan-jawatan utama ini.Guru-guru yang telah menerima perlantikan sebagai ketua ini adalah:
1. Puan Zaliha Bt.Jusoh - Setiausaha Kurikulum
2. Puan Che Zaiton Bt.Salleh- Guru Cemerlang & Ketua Panitia Bahasa Inggeris
3. Puan Wan Ramlah Bt.Daud- Guru Penyelaras Bestari ( GPB )
4. En kamarudin B. Abd manan- Setiausaha Peperiksaan
5 .En.Mohd Al-Baqir Solleh B. M.Yusoff - Penyelaras Pusat Sumber
6. En.mohd Zahir B. Zakaria - Emis data & Jadual Waktu
7. Puan hjh Ida Rosdila Bt.Othman - Penyelaras Unit Kecemerlangan Akademik ( UPSR )
8. Ym.Tuan Kamariah Bt.Tuan Hamzah - Penyelaras PPSMI
9. En.Che Hamdan b.Hamid - Projek Rintis IES
10.Puan Rohazawati Bt.Zuhari - Transisi Tahun 1
11.En.Noriman B.Ayub- JQAF
12.Puan Hjh Azizah Bt.Isa - KAFA
13.En.Mohd Zulkifli B.Awang - Ketua Panitia bahasa Melayu
14.En.Mohd Nazari @Anuar B.Mohd Ali - Ketua Panitia Mathematics
15.En.Zulkifli B.Ibrahim - Ketua Panitia Science
16.En.Mahmood B.Hassan - Ketua Panitia Agama Islam
17.En.Azhari B.Muhammad - ketua Panitia PJK
18.Puan Rosnanah Bt.Segara -Ketua Panitia KT
19.Puan Azlinawati Bt.Mohamed -Ketua Panitia PSK
20.En.Saini B.Tasmin - Ketua Panitia KH
21.En.Nik Abdul Aziz B.Ismail- Ketua Panitia Muzik
22.Puan Laila Kartini Bt.Yaakub.
Read more...











