GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 4, 2010

::UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010::

"Menggemilangkan Akademik"
Adalah dimaklumkan kepada semua  ibubapa dan penjaga murid-murid SKKK1.. UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1 VERSI 2010 telah bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
Harapan pihak sekolah agar semua ibubapa mempastikan anak-anak anda menyertai ujian ini.
Bagi yang ingin menyertai ujian ini para ibubapa boleh melayari http://www.permatapintar.edu.my/ dan untuk maklumat lebih lanjut sila muatturun "Bagaimana hendak menduduki Ujian PERMATApintar UKM1" Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan keterangan lanjut.......
Taklimat Permata Pintar Oleh Puan PK 1,Pn.Hjh Wan Rosnani Wan Hamat kepada murid-murid Tahun 5
Taklimat Permata Pintar di Anjung Bestari Skkk1...sebelum beredar ke Makmal Komputer
Ujian online sedang dijalankan untuk murid-murid 5 Caring...pada hari pertama ini
Ujian dijalankan dengan kerjasama Guru matapelajaran,guru Penyelaras Bestari,Juruteknik,PK Pen.Khas dan Pen.Penyelaras Bestari Skkk1.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.