Followers

::Skkk1 Dalam Lipatan Sejarah::

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920, bermula sebagai sekolah rakyat.Nama asalnya adalah Sekolah Melayu Kubang Kerian.Bangunan asal adalah merupakan sebuah bangsal kecil bertiangkan batang nibung dan beratapkan rumbia.Keluasan bangunan ini ialah 12x30 kaki persegi. Tapak sekolah ini telah berubah beberapa kaki sehingga pada tahun 1938 sekolah ini telah menerima satu bangunan kayu 20x113 kaki persegi sebagai bangunan rasmi sekolah. bangunan ini mempunyai empat bilik darjah dan satu bilik Guru Besar. sebuah bangunan batu telah dibina sebagai bangunan untuk kelas fardhu ain pda tahun 1993. Seterusnya pada tahun 1993 pengurusan sekolah ini terpaksa dibahagikan kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) kerana bilangan murid yang ramai dan bangunan yang sedia ada tidak mencukupi. Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) kekal di tempat asal dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (3) dipindahkan ke tapak baru lebih kurang satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan kubang Kerian 1

Jan 21, 2009

**MAJLIS AKUJANJI**



Majlis akujanji diadakan di Anjung Bestari SKKK1 pada 21 hb.Januari 2009.Majlis ini disertai oleh para ibubapa dan murid tahun enam yang akan menduduki UPSR penghujung tahun ini.Majlis ini dirasmikan oleh Tn.Hj.Ab.Halim@ Mohd Yunus.Semoga para ibubapa dan guru sama-sama memainkan peranan ke arah "Menggemilangkan Akademik SKKK1"

Read more...

Jan 19, 2009

** WATIKAH GURU**





Satu Majlis Watikah dan Penyerahan Tugas telah dibuat di Tapak Perhimpunan SKKK1 bagi semua Ketua Panitia unit kurikulum dan kokurikulum pada 18 hb.Januari 2009.Majlis ini disempurnakan oleh Tn.Guru Besar,Pn.PK.Pentadbiran,Pn.PK HEM dan PK Kokurikulum SKKK1.Di dalam majlis ini juga Guru Besar,Tn.Hj.Mohamaed b.Che Noh berharap agar semua guru yang dilantik sanggup bekerja dengan penuh tanggungjawab dan lebih gigih lagi daripada tahun-tahun lepas.Beliau juga berharap agar guru-guru yang menerima watikah ini sanggup berkorban masa dan tenaga yang lebih demi untuk " MENGGEMILANGKAN AKADEMIK DAN MEMPERKASAKAN KOKURIKULUM SKKK1"...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

:: Kenangan Terindah Di Skkk1...::

Motivasi Kepimpinan & Watikah Pelantikan

::Warga Pendidik Skkk1::

::Pembudayaan ICT Skkk1::

::Sekitar Sambutan Maulidurrasul Dan Kesyukuran::

  ©Template by Dicas Blogger.