GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jun 18, 2009

**e-CAKNA-PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK**



Pada 15 hingga 17 Jun 2009,Unit Kecemerlangan Akademik SK. Kubang Kerian 1 telah menganjurkan ceramah megenai teknik-teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah ini bertempat di Anjung Bestari sekolah.Majlis dimulakan dengan penceramah pertama membentangkan teknik-teknik menjawab soalan Bahasa Inggris UPSR oleh penceramah yang tidak asing lagi di kalangan kita dan juga warga pendidik JPN Kota Bharu, Puan Hjh Che Zaiton Bt. Salleh yang merupakan satu-satunya guru Cemerlang Bahasa Inggeris SKKK1.Beliau juga merupakan salah seorang panel pemeriksa kertas B.I UPSR.Hari kedua pula bengkel diteruskan lagi dengan penceramah kedua membentangkan teknik-teknik menjawab soalan Mathematics.Penceramah jemputan atau fasilitatornya adalah Encik Rosli b.Mat Zin yang merupakan ketua pemeriksa kertas Mathematic UPSR.Beliau diundang khas dari Sekolah Kebangsaan Demit 1.Hari ke tiga majlis diteruskan dengan bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu.Sesi ini dikendalikan oleh Encik Muhd Asri b. Ibrahim yang merupakan guru cermelang Bahasa melayu yang diundangkan khas dari Sekolah Kebangsaan Tapang.Beliau juga merupakan ketua Modul Cakna Negeri Kelantan.Majlis diteruskan lagi dengan teknik-teknik menjawab kertas Science yang dikendalikan oleh Pn. Moorni Bt.Mohamad yang merupakan Guru Cemerlang Science yang merupakan penggubal buku Cakna Negeri Kelantan dan panel pemeriksa kertas science UPSR.Dengan pendedahan teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang telah diberikan oleh kesemua guru yang hebat dan berkalibar ini,diharapkan murid- murid dan para guru SKKK 1 akan dapat mengambil banyak info dan petua-petua yang berguna yang disampaikan oleh barisan penceramah handalan kita ini.Dengan adanya ceramah-ceramah dan bengkel-bengkel seperti ini,diharapkan prestasi murid-murid SKKK1 akan terus meningkat dari semasa ke semasa.Usaha yang telah digembelingkan oleh barisan pentadbir sekolah tidak harus dipandang sepi,malah murid-murid semua perlulah bangkit,segeralah buka minda dan aturlah langkah kalian semua ke arah mencapai kegemilangan Akademik SKKK1."Anak-anak didikku...Kalian ibarat permata yang sedang digilapkan oleh kami para guru dan barisan pentadbir SKKK1.Oleh itu gunakan peluang ini dengan pengisian yang penuh bermakna.Tiada apa lagi yang dapat kami berikan,selain daripada curahan ilmu yang tidak henti-henti dengan penuh keikhlasan dan menyediakan bengkel-bengkel serta ceramah-ceramah yang berguna seperti ini.Genggamlah kesemua ini di jemari kalian dan sematlah azam di dada kalian untuk menempa kejayaan dalan UPSR nanti."......Itulah amanat dan api semangat yang telah dibakar oleh Puan Penolong Kanan 1,Puan Wan Rosnani Bt.Wan Hamat dalam sesi penutup majlis ini...Tahniah kepada barisan Program Kecemerlangan Akademik Skkk1 di atas penganjuran Bengkel dan teknik menjawab soalan yang diadakan dan berjalan dengan begitu baik sekali.Guru Besar Tn.Hj.Mohamed B.Che Noh berharap semoga ceramah seperti ini akan dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam UPSR nanti dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan akademik SKKK1.Semoga ceramah-ceramah seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang ."SAMA-SAMA GEMILANGKAN AKADEMIK SKKK1...."

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.